KLIK

RINTIK-RINTIK HANYA SINGGAH | NOVEL ISPIRASI JIWA REMAJA

SINOPSIS:Novel berbentuk agama ini mengisahkan perjalanan hidup alam remaja menerusi watak Rifgi Sabran,seorang anak muda yang juga seorang mahasiswa universiti.Dalam rencah kehidupan seorang pelajar universiti,Rifgi dilanda musibah kegagalan.
Namun, kali ini Rifgi tidak dapat menerima realiti tersebut.Semangatnya mula luntur dan dirinya mula menyalahkan takdir.Sungguhpun begitu, sebuah pertemuan yang tidak diduga mengubah segalanya.Seorang pemuda misteri datang sebagai wasit pedoman.Dia memperkenalkan tujuh perkara dalam tujuh masa.Kisah ini juga mengenai dunia dan kembara Rifgi Sabran untuk mengerti lebih makna sebenar kehidupan bermula.Kun Fayakun, Tuhan menjadi tema dalam kembara tujuh masa. Rifgi Sabran.menemui takdir yang membuka hati.Semua kisah yang berlaku, bergaul dengan memori serta sejarah yang dilupakan.Pada hari ketujuh,Rifgi didedahkan semua rahsia. Pemuda misteri kembali datang untuk merungkai segalanya bagi membentuk semula hatinya.
Siapakah pemuda misteri itu dan apakah pula rahsia yang akan dirungkaikan olehnya.Novel rintik-rintik hujan bukan saja berkisahkan tentang kegagalan seorang mahasiswa,tetapi bagaimana kegagalan itu dilihat dengan persepsi yang sebenar. Nilai persahabatan yang diterapkan dalam novel ini cukup kuat terasa. Persahabatan itu bukan saja melibatkan antara sesama usia,malah boleh sahaja melangkaui masa-masa yang berbeza.Kasih sayang antara ibu ,bapa, adik-beradik dan saudara mara adalah nilai yang membentuk sebuah institusi kekeluargaan yang erat,malah membawa kepada usaha memasyarakatkan budaya berkasih sayang dalam komuniti yang lebih luas.Estetika bahasa dan makna dalam novel ini, bukan saja mengikat perhatian pembaca untuk jauh enak dengan lenggok pembacaan,malah menyentak jiwa untuk merenung dan insaf.Novel ini adalah experimentasi penulis yang berkarya dengan gaya dan bentuk baru sastera yang berbeza daripada kenbanyakan novel di pasaran.  PENULIS: Jamal Ali HARGA: RM20 (semenanjung) dan RM22 (sabah dan Sarawak)GENRE: Novel inspirasi rohaniHALAMAN: 382 mukasurat.  (rujuk kosmo)   

3 comments:

Jamal Ali said...

Terima kasih atas perhatiannya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

=)

djkakpahGomofm said...

sama-sama Jamal... terasa bangga juga bila penulis sendiri yang sudi datang ke sini....

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.