Jika di lihat pada mata kasar, memang Haji Makrun lebih tepat untuk menjadi 'atuk' kepada Milah. Tapi Milah masih berdegil untuk meneruskan pernikahan ini, mak dan ayah Milah pun mengaku kalah.
"Alaaaaaa, mak ayah ni, pak aji tu bukan lama lagi nak hidup pun...nanti Milah jadi janda kaya!!! " ujar Milah dengan riak dan takburnya.
Dipendekkan cerita, pada malam pertama perkahwinan Milah dan Haji Makrun:
" Milah, bermula hari ni,Milah dah jadi isteri abang aji yang sah..jadi Milah ada apa-apa yang ingin diminta dari abang aji?" tanya Haji Makrun dengan lemah lembutnya.
"Tak de apa yang Milah hendak dari abang,cuma Milah doakan abang aji panjang umur dan sihat walafiat" tipu Milah sambil tersenyum sumbing, pura-pura untuk menyembunyikan niatnya yang sebenar.
"Tapi abang aji ada satu amanah untuk Milah, abang aji harap ianya tak akan menyusahkan Milah." ujar Haji Makrun sambil mengeluh perlahan.
Suasana hening,malam semakin larut,pasangan pengantin baru ini belum mahu tidur. Sabar sungguh Haji Makrun ni, maklumlah orang lama....
"Apa yang abang aji nak Milah lakukan?" sahut Milah sambil menelan air liur.
"Harap tak menyusahkan Milah, abang aji cuma nak Milah sediakan segelas air masak setiap malam untuk abang aji dan letakkan di penjuru katil ni." sambil menunjukkan ke arah meja kecil di tepi katil.
Milah berasa lega kerana permintaan abang aji tadi tidaklah menyusahkan beliau langsung.Maka setiap malam,Milah tidak pernah lupa untuk menyediakan segelas air masak untuk abang aji.
Setiap pagi sejak berumahtangga,Milah tidak pernah bangun awal sebelum abang aji. Dan setiap pagi juga, Milah akan meminum air masak di dalam gelas yang berada di penjuru katil itu. Sebab Milah tahu, meminum air masak setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur sangat berkesan untuk membuang toksin.Begitulah setiap pagi,Milah akan meminum air dari gelas yang disediakan untuk abang aji dan akan menggantikan dengan air yang baru pada malam hari sebelum masuk tidur.
Sepanjang perkahwinan mereka, Milah tidak pernah ternampak pun abang aji meminum air yang disediakan setiap malam itu. Malah, setiap pagi pun air dalam gelas tersebut masih di paras yang sama. Milah mula curiga, ketakutan bermain di benaknya, apakah abang aji mengamalkan sebarang ilmu atau petua? Hendak bertanya, Milah berasa takut!
"Apa yang aku nak buat ni? " Milah mengarut sendiri dan terfikir yang bukan-bukan.
Satu malam,Milah bercadang untuk berpura-pura tidur kerana ingin melihat apa yang di amalkan oleh abang aji. Jantung Milah berdebar,tekak terasa kering,peluh sejuk mula membasahi badan. Milah membatu. Tangan dan kaki Milah sejuk-sesejuknya.
Abang aji mula melabuhkan punggung ke katil. Dilihatnya Milah sudah lena,abang aji memang suami budiman, tidak sekali-kali beliau mengganggu isterinya yang muda jelita itu. Perlahan-lahan abang aji memberikan kucupan di dahi tanda selamat malam.Abang aji mula meneluk-nepuk bantal dan membaca ayat-ayat dan doa sebelum tidur. Mengiring memandang wajah Milah, nampaknya sudah lena sungguh isterinya itu. Abang aji mengiring ke kiri membelakangkan Milah, kemudian ... abang aji melekapkan kedua-dua tapak tangannya ke mulut...diikuti dengan bunyi 'plup'.. seperti memasukkan sesuatu ke dalam air.
Tiba-tiba Milah bingkas bangun sepantas kilat!
"Hah! Milah dah agak dah...mesti abang aji bomohkan Milah guna air tu kan!" herdik Milah tanpa usul periksa.
Haji Makrun kehairanan melihat sikap Milah yang seperti singa betina yang hilang anak.
"Bomoh apanya Milah..abang aji mana ada bomohkan Milah.." pujuk abang aji, lembut sambil cuba memegang bahu Milah.
"Tidak..tidak.. Tu air tu.. Air dalam gelas tu... " sambil menunjukkan ke arah gelas air di penjuru katil.
Demi terpandangkan gelas di penjuru meja itu, Milah hampir pengsan.Beliau terus berlari ke dalam bilik mandi dan memuntahkan segala isi perutnya.
"Kejam...kejam... " rungut Milah sambil air matanya tak berhenti mengalir
Sementara itu, Haji Makrun masih kehairanan, kenapa Milah berkelakuan seperti itu dan juga muntah-muntah. Agaknya Milah mengandung ke? Bisik Haji Makrun dalam hati. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman.
"Bermula malam ni,Milah tak nak sediakan air masak untuk abang lagi..." dengus Milah. Jijik bila memikirkan apa yang telah berlaku selama ini. Tak sangka... Sungguh tak sangka!!
"Baiklah Milah, abang aji redha,walaupun Milah tak nak sediakan untuk abang aji lagi, abang aji akan sediakan sendiri segelas air untuk rendam gigi palsu abang aji setiap malam." sayu jer kata-kata abang aji.
SEKIAN
- Posted using BlogPress from my iPad
1 comment:
Dah agak dah ...hahahah
Post a Comment