KLIK

BOSAN KERJA, CENDERUNG MAKAN BANYAK

Sumber@mwanita:

Jika akhir-akhir ini anda berasa kerap mengunyah coklat atau kudapan lainnya ketika bekerja,mungkin sudah tiba masanya anda mencari pekerjaan lain atau berbuat sesuatu yang baru dalam bidang pekerjaan anda.

Ini kerana, melalui sebuah penyelidikan di Finland,para penyelidik mendapati bahawa wanita yang bekerja berlebihan,bosan,muak dan mula rasa buntu dengan kerjaya mereka ,berkemungkinan merasa lebih terhibur dengan pemakanan.

Kajian ini juga mendapati bahawa wanita yang berasa dibebani pekerjaan,lebih emosi dalam kebiasaan makan mereka,demikian menurut American Journal of Clinical Nutrition.

Menurut Nina Nevanpera,dari Institut Kesihatan Kerja Finland,ketua penyelidik tersebut,mereka yang mengalami kelelahan mungkin lebih rentan terhadap perilaku makan emosional,serta tabiat makan yang tidak terkawal.

"saranan kami yang utama adalah,mengendalikan atau menangani kebosanan dan kemudiannya mengawal perilaku makan dalam pengubatan obesiti," ujar Nevanpera.

Penemuan ini berdasarkan soal selidik terhadap 230 wanita berusia antara 30 hingga 55 tahun yang mengambil bahagian dalam percubaan klinikal bagi melihat perubahan golongan wanita bekerja.

Secara keseluruhannya,22 peratus wanita mengalami keletihan bekerja. Dalam kumpulan ini,ketika diukur, mereka memiliki kadar emosi makan yang tinggi dan tidak terkawal .


- Posted using BlogPress from my iPad

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.