KLIK

KAK YONG | PERMINTAAN APA ITU | RTM




-google pic- KAK YONG TENGKU MARIAM

Nostalgia: masa kpah masih di bangku sekolah rendah, tidak pernah terlepas untuk mendengar rancangan 'PERMINTAAN APA ITU' yang dikendalikan oleh Kak Yong Tengku Mariam.

Kanak-kanak yang sezaman dengan kpah,pasti ingat dengan rancangan tersebut. Di mana kita perlu menulis surat atau poskad kepada Kak Yong.
Kpah pernah jugak hantar poskad kepada Kak Yong,malangnya "sehingga sekarang" permintaan kpah tidak dibacakan "on air" Dan sekali lagi malangnya,kpah sudah "tak ingat apakah yg kpah tuliskan atas poskad tersebut...

P/s Kalau ada peluang,kpah memang teringin untuk kendalikan rancangan seperti itu. "Membaca surat atau poskad kiriman si kecil!"

Sedikit maklumat yg kpah google berkenaan dgn kak Yong.

Kak Yong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kak Yong atau 'Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir' adalah pengacara rancangan radio RTM bertajuk 'Permintaan Apa itu'.Beliau kerabat diraja Negeri Sembilan. Beliau mula menjadi ahli keluarga RTM pada tahun 1977 sebagai pekerja sementara dan tetap sebelum mengambil keputusan berhenti pada tahun 2002.

Rancangan 'Pemintaan Apa Itu' disiarkan selama setengah jam, setiap pagi Sabtu, 9.30 pagi akan ke udara sejak 1977 hingga 2002. Rancangan itu mendapat ilham dari Noramin. Rancangan itu dimulakan oleh Noramin yang dikenal sebagai Busu Noramin. Mereka bergandingan selama empat tahun dari 1977 hingga 1980.

Kak Yong, anak sulung daripada empat beradik dan merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan.

Lagu yang dipopularkan ialah Sakit Gigi nyanyian Indra Shahril, Kain Pelikat (Anuar Zain dan Ellina) dan lagu-lagu nyanyian Andrian, Siti Musliha serta Gadis Melayu nyanyian Othman Hamzah.


Pada 1980, Noramin bekerja di rdio NHK Jepun selama empat tahun. Jadi Kak Yong diganding dengan Abang Chik@ Zainal Abas dan masa ditambah selama 45 minit. Tahun 1985, Kak Yong diganding pula dengan Abang Bull@ Hasbullah Awang. Konsepnya lebih ceria dan very friendly. Selain surat menyurat, kami mengundang tetamu ke studio terdiri daripada personaliti untuk segmen soal jawab.

Kak Yong diganding pula dengan Abang Salleh Abdul Rahman selama tiga tahun mulai 1989.Pada 1992, Kak Yong ditugaskan bersendirian. Beliau menjemput tetamu undangan seperti pemain boling negara, Shazlin Zulkifli dan artis seperti Syafinaz dan Kristal.


~ kpah k-poh ~

2 comments:

sud@is said...

OOO nostalgia... Kak Yong dengan Abang Chik@ Zainal Abas memang faveret masatuu....

kpah k-poh Sharifahnor said...

Masa tuuu...lama tuuu...heee

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.