KLIK

BLEEDING | PENDARAHAN | KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kita yang bukan 'rakyat medic' ni,memang tak mengertilah bab bleeding / pendarahan ni. Yang kita tahu, luka berdarah dan tumpah darah waktu beranak. Luka berdarah pun, rupa-rupanya ada kategori jugak. Mana yang bahaya dan mana yang terkawal. Yang bahaya perlukan rawatan segera dan yang tak bahaya boleh di rawat secara 'first aid' saja.

Jomlah kita baca seterusnya penerangan dari mereka yang lebih pakar:


SUMBER FB : PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN




Bleeding!

Bleeding atau dalam bahasa melayu di sebut sebagai pendarahan merupakan salah satu perkara yang boleh di kategorikan sebagai kecemasan jika ianya terusan berlaku dan tiada tanda tanda akan berhenti.

Secara amnya, pendarahan yang boleh menyebabkan kecemasan dan kematian adalah apabila ia nya sudah memasuki fasa "shock" ataupun lebih "common" dalam bahasa perubatan di sebut sebagai "Hypovolumic Shock" di mana berlaku renjatan akibat kehilangan cairan badan terutamanya darah yang seterusnya akan menyebabkan banyak komplikasi kepada sistem fisiologi badan seterusnya menyebabkan kematian. Tambahan lagi, rawatan terbaik bagi menangani perkara ini adalah dengan mencari dan merawat punca kawasan yang berlaku pendarahan ini. Terdapat pelbagai cara bagi memberhentikan pendarahan di mana prosedur yang paling mudah ialah dengan "compression" kawasan tersebut.

Bagi Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang bertugas di unit yang terdedah kepada kes "fresh" seperti ini terutamanya di Unit Pra Hospital dan Jabatan Kecemasan dan Trauma haruslah peka dalam mengenalpasti pendarahan secara luaran yang berlaku bagi mengelakkan kondisi pesakit menjadi lebih teruk. Secara amnya, pendarahan yang berpunca daripada kecederaan kepada salur darah "artery" adalah yang paling bahaya dan perlu rawatan segera kerana ia nya tidak mampu bertahan dengan hanya rawatan "first aid" sahaja.

-HBR-

Copy paste oleh : ~kpah k-poh ~

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.