KLIK

PANIC DISORDER | ANXIETY | SIMPTOM

SUMBER : maaf atas kecuaian terlupa untuk mencatatkan siapa / di mana artikel ini di copy paste. Sekiranya ada demands, artikel ini akan di edit.

'rasa macam nak mati, tapi tak mati-mati!’: Understanding Panic Disorder

Rasa tiba-tiba berdebar, rasa tercekik, tiba-tiba tak sedap perut, berpeluh, ketar tangan atau satu badan, sesak dada, rasa nak pitam, rasa susah bernafas – ini merupakan antara gejala ‘panic attacks’.

Ada juga orang yang mengalaminya dalam bentuk yang lebih ekstreme – rasa nak mati, rasa hilang kawalan diri, rasa macam nak ‘gila’, rasa dunia sekeliling ‘tak real’, rasa ‘keluar dari badan sendiri’.

Ramai orang sebut ‘panic’ bila mereka dalam situasi yang meresahkan atau mungkin berbahaya. Panik dikaitkan dengan perasaan cemas, tak tenteram, takut, gelisah dan tidak menyenangkan. Tak ada siapa yang suka kalau perasaan sebegini berulang apatah lagi berlarutan.

Tapi itu hakikat yang dialami oleh setiap seorang dari 75 orang didunia ini - Panic disorder. Ia merupakan sejenis gangguan psikiatri jenis anxiety yang berlaku apabila ‘panic attacks’ berlaku dalam keadaan berulang, berpanjangan dan diikuti dengan perasaan cemas bimbangkan serangan panic yang akan datang. Dalam keadaan yang teruk, ia boleh menyebabkan gangguan fungsi sosial, kerja dan juga kemungkinan menghadapi masalah psikiatri yang lain seperti kemurungan.

Tak ramai orangyang mengalami panic attacks/disorder datang berjumpa psikiatris. Mungkin kerana tidak tahu dan mungkin juga kerana stigma terhadap rawatan psikiatri. Panic disorder boleh dirawat, jika dibiarkan berlarutan ia akan menyebabkan gangguan yang lebih serius.

SEBAB BERLAKU

FISIOLOGI – genetik masalah psikiatri dalam keluarga, kajian menunjukkan perubahan fisiologi tubuh – lebih mudah berlaku pada orang yang mempunyai masalah kesihatan yang lain. wanita 2 kali lebih berisiko mendapat gangguan ini.

PSIKOLOGI – peristiwa yang memberi tekanan dalam hidup boleh menyebabkan bermulanya serangan. Kematian, perubahan hidup, kegagalan, masalah kewangan dan sebagainya.

Kombinasi antara keduanya.

RAWATAN

Sekiranya anda mengalami gangguan seperti diatas, perkara PERTAMA anda perlu lakukan ialah mendapatkan pemeriksaan doktor. Ini kerana banyak penyakit fizikal boleh memberi gejala yang sama – serangan jantung, masalah thyroid, masalah paru-paru, jangkitan kuman, reflux dan sebagainya.

Sekiranya doktor berpuas hati ia bukan gejala penyakit fizikal yang lain barulah sesetengah kes dirujuk ke psikiatri untuk pemeriksaan lanjut.

Pelbagai jenis rawatan boleh ditawarkan berdasarkan pemeriksaan awal psikiatri antaranya terapi sokongan, terapi kognitif dan CBT, ubat-ubatan. Sesetengah pusat rawatan ada menawarkan kumpulan sokongan dan sebagainya.

Ianya boleh dikawal, dirawat dan penghidap panic disorder boleh hidup normal seperti biasa, dengan izin Allah, apabila penyakit dapat dikawal.

antara website yang baik untuk rujukan awal:

http://www.helpguide.org/articles/anxiety/panic-attacks-and-panic-disorders.htm

~ kpah k-poh ~

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.