Apabila kita menyelusuri laman mukabuku, bila terjumpa bahan ilmiah seperti ini, terasa rugi pulak jika tidak disharekan kepada lebih ramai pembaca.
Sumber Facebook : tulisan Muhammad Musoddiq Bin Jaafar
Barangan yang mengandungi kolagen dan stem cell adalah salah satu produk sains palsu.
Apabila memakan stem cell atau kolagen, hanya anda akan menikmati protien dan zat-zat tertentu.
Juga, stem cell dan kolagen tidak akan tahan lama di dalam paket. Mereka juga seperti cell yang lain, perlukan nutrien untuk hidup. Jika dipaketkan, sudah tentu akan mati. Analoginya, cuba ambil kulit ayam. Ia mengandungi stem cell dan kolagen. Jika letakkan di dalam paket kedap udara, ianya akan mati hari demi hari.
Makan stem cell tidak akan mencerahkan kulit atau menumbuhkan kembali semula bahagian tubuh yang hilang. Ianya akan hancur di perut dan hanya anda akan menikmati protiennya sahaja.
Stem cell yang berupaya menumbuhkan kembali bahagian tubuh adalah dengan melumurkan stem sel tersebut di bahagian badan tersebut. Namun ianya masih dalam peringkat kajian. Manakala, banyak penyesuain yang perlu dilakukan seperti kesesuaian DNA dan lain-lain parameter.
Jika makan kolagen, kulit tidak akan tegang. Kerana kulit menegang bukan disebabkan makan kolagen, tetapi vitamin C, omega acid, vitamin A, dan lain-lain akan melambatkan proses pengenduran kolegen.
Jadi, jika jumpa produk yang canang kebaikan stem cell dan kolagen dalam produknya, sila jangan beli kerana anda akan membazir duit beratus-ratus ringgit.
Bagaimana pula dengan produk stem cell tumbuhan? Daripada makan stem cell tumbuhan yang diawet, baik beli tumbuhan tersebut di pasar. Lagi berkhasiat dan tiada bahan pengawet.
Sebagai contoh, stem cell daripada anggur atau acai beri. Dari habiskan berpuluh ringgit atau ratusan ringgit, baik beli anggur dan acai beri di pasar. Berganda-ganda murah.
Jangan percayalah kononnya ubat kanser, ubat penyakit itu ini, semua tu membohong.
Kalau bukti sekadar testimoni, aku boleh tulis yang aku dulu satu sekolah dengan Einstein, dan aku selalu kalahkan Muhammad Ali dalam sukan tinju.
Kalau hadap sangat nak makan stem cell atau kolagen, baik makan kulit ayam. Lagi fresh.
***********
Tambahan:
Link ini ada senarai vitamins, minerals, dan lain-lain nutrients untuk mencantikan kulit. Yang pasti ianya MURAH dan bukan bahan yang diawet.
http://www.webmd.com/beauty/skin/nutrients-for-healthy-skin-inside-out
Vitamins C, E, A, K, and B complex, Selenium, Alpha-Lipoic Acid, DMAE, Hyaluronic Acid, Essential Fatty Acids (EFAs) - If your skin is dry, EFAs, omega-3 and omega-6.
Selebihnya sila baca link webmd tersebut.
Di copy paste oleh :
~ kpah k-poh
No comments:
Post a Comment