Denggi sangat berleluasa sekarang ni. Terutama musim El-Nino,panas kering,maka bertambah aktiflah pembiakan nyamuk aedes. Di kawasan kejiranan berdekatan taman perumahan di sini, sudah dua Taman Perumahan di istihar kawasan denggi. 'Black Area'. Banners dipasang menandakan anda sedang berada dalam kawasan bahaya denggi.
Sekarang kita akan share status FB yang memberi maklumat tentang denggi. Selain dari kongsi resepi,kongsi jualan online, Fb ni sebenarnya banyak maklumat yang berguna,sekiranya kita masuk ke Fb mereka yang ada ilmu pengetahuan. Dan agak sayang jugak,sekiranya maklumat berguna hanya terbiar di scroll ke bawah dan dilupakan. Sekurang-kurangnya,bila berada di dalam blog, memudahkan pencari maklumat untuk mendapatkan info berguna.
Sumber : FB Hana Hadzrami
BERKENAAN DENGGI
Akhir-akhir ini banyak iklan ubat "penyembuh denggi" berkeliaran di media massa. Jus betik, jus jambu dan sup ketam adalah antara yang popular.
Saya bukan nak sabotaj perniagaan suplemen. Cuma nak beritahu fakta penting mengenai denggi yang ramai orang awam tak tahu.
Pertama; denggi adalah penyakit yang self limiting.Maknanya selepas suatu jangkamasa, jangkitan denggi akan sembuh sendiri. Jus betik atau jus jambu tak membuatkan denggi sembuh lebih cepat dari biasa.
Namun self limiting tak bermakna anda boleh self treat (rawat sendiri). Anda memerlukan supportive treatment bagi memastikan anda terus hidup dan stabil sehingga lah denggi itu berakhir sendiri.
Kedua; bilangan platelet bukanlah penanda keterukan denggi dan bukan juga penyebab kematian. Pesakit denggi tak mati sebab platelet rendah. Tetapi kebanyakan mereka mati disebabkan shock dan kegagalan hati. Shock terjadi apabila pesakit denggi mengalami kebocoran plasma (selalunya terjadi apabila demam mulai kebah). Degupan jantung menjadi laju dan tekanan darah menjadi rendah. Kegagalan hati pula berpunca dari radang hati akibat jangkitan virus denggi (dengue transaminitis). Kerap juga virus denggi menyerang organ penting lain seperti jantung (dengue myocarditis) atau otak (dengue encephalitis).
Platelet yang rendah akan kembali normal selepas beberapa hari tak kira anda ambil jus betik/ jus jambu/ ketam atau tidak. Jika anda tidak mengalami kemalangan (jatuh dan sebagainya) atau tiada penyakit kronik (darah tinggi, sakit jantung, stroke dll), anda tak perlu risau sangat akan bilangan platelet yang rendah. Sampai masanya ia akan kembali normal.
Jadi jika dijangkiti denggi, bagaimana nak tahu anda bakal mengalami dengue shock atau tidak? Hati anda mengalami radang atau tidak? Maka kenalah anda pergi ke hospital untuk ujian darah. Tak boleh sesuka hati nak rawat di rumah. Kalau anda bernasib malang dapat dengue shock, hanya perlu beberapa jam sebelum anda K-O jika tak mendapat rawatan cecair yang tepat.
Rawatan cecair (fluid therapy) semasa dijangkiti denggi perlu tepat. Tak boleh terkurang, tak boleh terlebih. Jika terkurang, maka shock anda akan berlarutan menyebabkan kegagalan organ lain (jantung, buah pinggang dll). Jika terlebih maka organ penting seperti paru2 dan hati boleh menjadi bengkak dan menyebabkan keracunan darah.
Virus denggi sekarang lebih virulen berbanding dahulu kerana perubahan strain. Simptomnya lebih bervariasi. Ada pesakit kami yang dapat radang hati seawal hari ke 2 demam. Hari ke 3 dah dapat kegagalan hati (liver failure). Hari ke 4 terus jalan.
Tak semua pesakit denggi sama bentuk jangkitannya. Kumpulan berisiko tinggi mendapat jangkitan denggi yang teruk adalah:
🔹Obesiti
🔹Ibu mengandung
🔹Pesakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang, penyakit hati dll
🔹Pesakit yang berusia lanjut (>65 tahun)
Jika anda bukan tergolong dalam kumpulan diatas, namun mengalami tanda berikut semasa jangkitan denggi; anda juga berisiko mendapat jangkitan yang teruk:
🔹Muntah berulang2
🔹Cirit birit
🔹Pendarahan spontan dari mana2 rongga
🔹Sakit perut
🔹Keletihan melampau
🔹Mempunyai tanda kebocoran plasma (paru2 bengkak)
🔹Penurunan platelet yang mendadak
Akhir sekali; usah ambil herba atau ubatan selain yang dibenarkan doktor sewaktu dijangkiti denggi kerana apa saja suplemen yang diambil boleh menyebabkan radang hati menjadi lebih teruk.
Ada pesakit saya makan abu landak bakar, ada yang minum sup katak kering, ada yang minum rebusan daun2 herba. Hasilnya radang hati menjadi semakin teruk sehingga darah menjadi berasid.
Yang kelakarnya seorang pesakit saya berhabis lebih rm700 hanya untuk 4 ekor katak kering yang dibeli dari kedai singseh. Mungkin saya perlu buat overtime cari katak untuk dijual sebagai kerja kedua demi menyahut seruan kerajaan. Lumayan kan? (Tak lawak pun, saya tahu!)
Copy paste oleh :
~ kpah k-poh ~
No comments:
Post a Comment