Honeymoon Cystitis | undang derita pengantin baru
Honeymoon Cystitis atau radang salur kencing atau lebih mudah dikenali dengan kencing tidak lawas,adalah antara gejala yang sering di alami oleh wanita.
Detik-detik intim sepatutnya berlangsung dalam suasana yang cukup nyaman dan penuh kenikmatan namun bagaimana jika 'terganggu' dek kerana rasa sakit dan radang pada bahagian intim pasangan anda?
APAKAH HONEYMOON CYSTITIS?
Istilah ' honeymoon' diambil kerana gejala ini sering terjadi dalam tempoh fasa berbulan madu. Keadaan ini adalah di mana berlakunya keradangan pada saluran kencing akibat berlakunya iritasi atau luka sewaktu mengadakan hubungan intim. Keadaan ini terjadi disebabkan kurang ransangan atau mengadakan hubungan kelamin secara kerap atau berlebihan.
Memiliki saluran uretha lebih pendek berbanding lelaki,kaum wanita lebih terdedah untuk mengalaminya. Bagaimanapun,lelaki juga turut tidak terkecuali mengalaminya.
GEJALA / SIMPTOM:
Gejala Honeymoon Cystitis biasanya dirasai setelah dua hari bakteria bersarang di dalam uretha. Antara gejala-gejalanya:
- sakit sewaktu membuang air kecil.
- kencing menjadi lebih kerap.
- sukar menahan kencing.
- rasa tekanan pada bahagian pundi kencing.
- kencing kotor.
- kencing bercampur darah.
- demam secara tiba-tiba.
- sakit pada bahagian pubik ( bibir kemaluan )
LANGKAH PENCEGAHAN:
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:
* minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari.
* kurangkan minum kopi.
* kencing sebelum dan sesudah melakukan hubungan intim.
* pastikan pasangan menerima ransangan yang cukup sebelum melakukan hubungan intim, bagi mengelakkan masalah melecet atau iritasi pada alat kelamin.
* ketika bersama, cuba ubah posisi supaya geselan tidak berlaku bertalu-talu ke bahagian salur kencing anda. Ini akan menyebabkan keradangan pundi kencing.
Sumber:Majalah Harmoni.
~ kpah k-poh ~
No comments:
Post a Comment