KLIK

APA ITU KUDIS BUTA

Kudis buta...kpah ada pengalaman dengan kudis buta ni, bila anak bujang yg tinggal di asrama terpaksa balik ke rumah sebab kena kudis buta. Kami satu keluarga kena 'basmi kuman' juga.

Terima Kasih Doktor Rahim atas perkongsian ini.


ILMU KESIHATAN. Artikel 464.
"Apa tu KUDIS BUTA?.....hihihi MENGAPA Kudis tu dipanggil BUTA?"

Ramai ingat kita yg TAK BUTA ni tak kena kudis ni....hihihi. Ada ingat kudis ni kena hanya pd org BUTA....doc nak tergelak ni...hihihi...sori le doc suka melawak je.
Tau dak apa KUDIS BUTA?

A. Doc nak bagi tau penyakit KUDIS BUTA adalah serangan sejenis Hama berkaki 8 dipanggil Sarcoptes scabiei.
Umur Scabiei tu pendek je 48 jam -72 jam jika ia tak sentuh dgn manusia.
Tapi klu ia berjaya naik ke kulit manusia, ia akan korek terowong di bawah lapisan kulit anda serta duk dgn mewahnya dibawah kulit anda, ia kekal hidup kat situ selama 2 bulan.Disitu ke ia membiak dgn bertelur, hisap darah mangsa sambil berpesta & berak di bawah kulit anda. Najis berak tu bertindak balas dgn kulit anda yg beri anda rasa gatal yg teramat. Sapa kena tau le, amat syok garu wlpun mata tutup lena mati mcm org buta. Sbb tu di panggil hihihi KUDIS BUTA. Apa lagi....hihihi kita garu sepuas hati. Kadang2 sampai berdarah & luka. Bila dah luka, kuman bakteria masuk dan biak pula. Maka kudis tu merebak & bernanah.
Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit atau kulit ke pakaian. Maka Semua orang tanpa terdedah kpd jangkitan ni.

B. Doc bagi cara Rawatannya.
1. Cuci pakaian &cadar yg telah digunakan org yg dijangkiti dgn air panas. Klu pakaian yg X boleh dicuci, masukan ke dlm beg plastik yg tertutup & simpan 7 hari untk scabiei & telurnya mati.
2.Org yg tinggal bersama dgn org yg telah dijangkiti kudis buta kena le dirawat pd masa yg sama.

3 Rawatan kudis buta yg doc bagi di Klinik doc dgn menyapu krim/losyen spt:

A. Permethrin 5% atau Losyen Malathion 0.5% atau Gamma benzene hexachloride (or lindane).
Sapu ubat ke seluruh badan yg infeksi tu ketika kulit KERING ( serapan ke dlm kulit terbaik) terutama leher, jari, kaki & tangan, perut, punggung & kemaluan. Bersihkan selepas 24 jam. Gunakan 2 kali dlm jarak seminggu antara rawatan.Tak leh digunakan terhadap bayi umur < 2 bulan atau ibu mengandung atau nenyusu anak. Jaga2 elakkan ubat ni terkena mata (mukosa nipis). Jgn disapu atas kulit yg luka atau dijangkiti kuman.
B. Benzyl Benzoate lotion (EBB).
Mandi dgn air suam sebelum mula menyapu ubat spya penyerapan lebih baik dengan liang roma yg terbuka. Sapu ubat ke seluruh badan kecuali muka,celah kelangkang & kwsan gatak. Biarkan selama 24 jam & bersihkan badan.

Ada sedikit NASIHAT doc beritau:
1. Jangan share pakaian atau TIMBA BAJU BASUHAN dgn pesakit scabiei. Siap le anda akan start MENGGARU & X leh tidur landsubg hingga ke pagi.
2. Siap2 le sapa duk ASRAMA....sini port TERBAIK untuk SCABIES bermaharaja lela. Awas le...hihihi.

Ada soalan.....doc jawap bila doc lapang. Tk.
**Peringatan:
JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.
Drp Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel 04 -6444181


DIcopypaste oleh:
~kpah k-poh ~

No comments:

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.