Mari Mengarang dengan KAKCIK SEROJA
Mengarang berdasarkan kata kunci?? Macam mana nak buat ni?? Mula-mulanya akak k-poh rasa ragu-ragu jugak nak menyertai,sebab rasa susah sangat. Tak tahu macam mana nak gabungkan kata-kata kunci tersebut sebab nyata tidak ada kaitan langsung antara satu sama lain.Sengaja hendak menjadikan lebih susah lagi,cerita hendaklah menggunakan kata-kata kunci tersebut secara berturutan. Baiklah...hayatilah pengkisahan di bawah: Alkisah disebuah Negeri yang bernama Entah-Entah,tinggallah seorang Puteri Raja bernama Mayang Suri.Adapun Mayang Suri ini telahpun bersuamikan Tengku Jobi, seorang Putera Raja dari Negeri yang kaya raya bernama Kat Mana. Suatu hari Mayang Suri tersedar dari beradu.Sambil mengesat air liur yang membasahi bibirnya,"kanda, dinda teringin sangatlah hendak memakan kuih tepung talam"titah Mayang Suri kepada suaminya. "nanti-nantilah dinda..kanda mengantuk ni.."jawab Tengku Jobi sambil matanya masih terpejam."Alaaaa..kanda ni.." Mayang Suri menggeliat manja sambil merapatkan bibirnya ke telinga Tengku Jobi. (ek..ehhh.. bini dia buat gangguan seksual..tepung talam punya pasal...hahaaaa..teruskan bacalah..seronok jugak ni..) " Baiklah dinda, permata hati kanda,esok akan kanda usahakan mencari kuih idaman dinda itu". (Mama..mama..apa makna kembiri ni? Alamak, ganggu ajelah budak ni..orang tengah syok nih..!!!.Sambung lagi...) Keesokkan harinya,sebaik sahaja mentari muncul, Tengku Jobi yang tampan itu bersegeralah bersiap untuk merantau mencari kuih idaman isteri kesayangannya itu. "kanda,ini dinda ada bekalkan halwa maskat untuk kanda,sebagai kudapan",bisik Mayang Suri. (siapa pengarang cerpen ni ha?? oh..Kakcik Seroja.Agaknya orang dulu-dulu suka makan halwa maskat kot..ehhhh.akulak nyibuk....) "terima kasih,dinda.Silalah dinda ambilkan bekalan untuk kanda iaitu sepasang capal dan dua helai pakaian untuk mendaki ke Gunung Boyeng.Sebab kanda mendapat tahu, ada orang yang pandai membuat kuih idaman dinda tinggal di atas Gunung Boyeng itu,wahai dindaku",ujar Tengku Jobi. "silalah kandaku berangkat,semuga pulang dengan selamatnya",sayu juga hati Mayang Suri melepaskan suami tercinta semata-mata untuk mencari kuih idamannya itu. Dua hari berlalu: "oh,dindaku..Mayang Suri,kanda telahpun menitahkan agar pembuat kuih itu pulang bersama-sama kanda ke Istana.Agar dia dapat membuat kuih itu istimewa untuk dinda.Akan kanda sertakan bait-bait sajak untuk dinda,bersempena dengan ulangtahun kelahiran dinda nanti...Ya,dindaku...sajak ulangtahun kelahiran..alangkah indahnya.." Tengku Jobi tersenyum-senyum sambil bercakap seorang diri. (uuuuuiiiiiii...romantiknya mamat Tengku ni...alahaiii!!!!)
Tanpa berlengah,Tengku Jobi menyusun langkah menuju ke Istana.Mungkin cuaca yang agak gelap,Tengku Jobi telah tersesat haluan. "dimanakah beta sekarang ini?"bingung Tengku Jobi memikirkan.Kelihatan kelibat penduduk kampung baru pulang dari mencari kayu di hutan,begitu melegakan Tengku Jobi."minta maaf,tuan hamba..nama beta Tengku Jobi..telah tersesat haluan.." manis tuturkata Tengku Jobi."siapa?? Teku Jombi?" tutur orang kampung itu,yang ternyata kurang fasih berbicara... ( Jombi?? hahaaa..dah bunyi macam zombilah pulak...Zombi Kampung Pisang!!!! alamak!!!) "beta tersesat haluan,mahu pulang ke Istana Negeri Entah-Entah.." bicara Tengku Jobi."oh..begini Tengku,.."ujar seorang lagi penduduk kampung yang kelihatan agak cerdik sedikit berbanding dengan yang tadi itu. "Tengku berjalanlah menyelusuri sungai ini,dan jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi,bermakna Tengku sudah hampir benar dengan Negeri Entah-Entah tersebut.." jelas penduduk kampung tadi. Maka Tengku Jobipun menurut seperti arahan penduduk tadi.Berjalanlah beliau meyelusuri sungai bertemankan cahaya bulan.Di matanya terbayang,Mayang Suri sedang menunggu kepulangannya dengan senyuman... (hmmm..ngantuknya...tidur dululah..karang "kanda" aku pulak yang buat muka tepung gomak!!!! heee..) p/s: idea asal adalah dari akak k-poh..tapi ahmad albab kata dialah putera hencem tu...heehee
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
5 comments:
Saya baca sampai habis tu walau panjang karangan ni..kora ok gak ni cerita dia.
Terima kasih adinda Sharifah kerana sudi menyertai peraduan itu. Adinda memang sangat berbakat. :)
assalamualaikum,
tahniah dan semoga berjaya memenangi tapawer dari kakcik....selamat maju jaya.
memang tak boleh blah betullah itu ahmad albab...hahaha~!
kak pah memang pandai mengkotak katikkan perkataan..huhuhuhu
Post a Comment