KLIK

Pucuk Betik Masak Lemak Tauchu


http://laman-seri.blogspot.com/2011/02/pucuk-betik-masak-lemak-tauchu.html
kali ini akak k-poh nak perkenalkan kawan baru akak k-poh....yg mendukung nama "Bawang Goreng".Sebenarnya bukanlah baru akak k-poh kenal sedara Bawang Goreng ni...sudah lama..sejak akak k-poh menyertai Grup Taman2 Syurga. Cuma Bawang goreng ni tak kenal dgn akak k-poh pun!! Tertarik dengan entry2 yang di kirimkan ke Taman2 Syurga menyebabkan akak k-poh ingin mengenali dengan lebih dekat lagi..siapakah Bawang Goreng ini...Tapi..ye lah..kan..seperti yang kamu semua maklum..akak k-poh ni kan pemalu...maka tak de lah akak k-poh nak bertanya dengan lebih lanjut lagi.Jadi..kepada sesiapa yang nak kenal...silalah melawat dan membaca entry dan memfollow..ok!


 Oh yaaa..sebelum terlupa..di sini akak k-poh sertakan satu resepi yang unik dari Bawang Goreng.Selepas ini segala artikel yg di "kopipes" akan di masukkan dalam blog akak k-poh yang lain.Ok..sudi-sudilah membaca.
Dan dengan segala hormatnya dipersilakan.....Bawang goreng berserta resepi turun temurunnya: jeng..jeng..jeng...


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Entry ini diimport dari belog saya yang tak berapa di'up-date' sebab tak cukup tangan hendak mengendalikan belog untuk tatapan sendiri. Disebabkan saya terserempak dengan entry fasal pucuk betik di belog Suzy-Dynas, saya terus teringatkan entry yang ini.

Sebetulnya, inilah masakan yang selalu ayahanda saya makan masa kecik-kecik dulu, resepi arwah opah yang diturunkan pada bonda saya (menantunya).
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Pucuk betik
  • Daun senduduk
  • 5 batang cili (cabai) masak (kisar)
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • segenggam ikan bilis (belah punya) (kisar)
  • 2 sudu besar tauchu hancur/tumbuk
  • udang yang telah dikupas (sebagai perencah)
  • Santan (saya guna santan kotak aje)
  • Sedikit garam



pokok senduduk


Bunganya cantik, 'sweet purple'
Kalau tak ada daun senduduk, boleh dapatkan daun jambu batu sebagai alternatif. Menurut bonda saya, daun jambu batu juga mampu menghilang/mengurangkan rasa pahit pucuk betik.


proses merebus pucuk betik bersama daun senduduk

pucuk betik yang telah direbus (daun senduduk dan air rebusan dibuang)


3. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau. Bila agak garing, masukkan 2 sudu makan tauchu hancur, tumis hingga pecah minyak.

Bahan-bahan yg dikisar, i.e. cili, bawang besar, bawang putih, ikan bilis


4. Masukkan udang, santan, pucuk ubi yang telah direbus dan masak hingga mendidih. Campurkan garam secukup rasa dan bolehlah dihidang.



Selamat mencuba!




2 comments:

Scarlett O'Hara said...

Tq share sbb saya mmg suka cuba yang pelik-pelik ni.Tapi susah nak dpt pucuk betik ni!

mamagorjes said...

hui. macam best. tapi rase macam takut lak nak makan. hehe mesti bagos khasiatnye untuk dalaman kan.

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.