SURAT DARI JKKK...entah berapa banyak 'K' daaaaa....
Kamisah binti Deraman (bukan nama sebenar...menyamar jer ni)JKKK Flat 4 tingkat. (alamat palsu) Perkara : Rutin pembuangan sampah. Adalah dimaklumkan bahawa, saya Puan Kamisah binti Deraman ( dah bgtahu tadi bukan nama sebenar),ingin merujuk kepada perkara berbangkit,iaitu rutin pembuangan sampah. Saya telah menerima aduan bahawa Encik Makmur bin Hisam (pun bukan nama sebenar) telah ingkar dengan notis pembuangan sampah. Memo telah diedarkan dan ditampal di pintu rumah bernombor 4A, flat 4 tingkat (alamat palsu),tetapi tidak diendahkan oleh tuan rumah iaitu Encik Makmur bin Hisam. Sebagai JKKK, saya mengarahkan rutin pembuangan sampah di patuhi iaitu setiap pagi sampah perlulah dibuang ke dalam tong besar.Arahan akan berkuatkuasa sebaik sahaja penerima menerima surat ini. Jika engkar, tindakan yang tegas akan dikenakan.Ini adalah keputusan yang muktamat.Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas:Puan Kamisah binti Deraman (ISTERI MU) p/s : cerita di olah dari kisah sebenar...
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
9 comments:
kahkahkah...
bgus la isteri sndri yg menego suami...hukhuk
kehkeh tobat suami terkejut!
hehhehehheheh kelako k. pah nie
sampah satu hal.. kalo minum air, satu rumah penuh gelas/cawan sana sini sampai kosong kabinet dapur, takde cawan/gelas dah..
haha tindakan tegas dikenakan tuhh
hehe..ingat serius surat dari JKKK tadi..hehehe
ingatkan apa la tadi... buat suspen... bagus gak cara ni..
kebersihan amalan mulia..:)
bersurat2 ler pulakkk
Post a Comment