JEMPUTAN KE FITNESS CENTRE : STUDIO E
Akak k-poh menulis entry kali ini,sebab berjanji dengan 'trainer' akak k-poh untuk menulis mengenai STUDIO E, tempat akak k-poh bertungkus lumus membuang peluh bagi menyihatkan badan. STUDIO E, selain dari kelas erobic,juga menganjurkan senamtari dan juga mini gym.Kelas dikendalikan oleh jurulatih NOOR HANIZAH, yg lebih mesra dipanggil kak eja. Kepada anda ( PEREMPUAN SAHAJA TAU) yg berminat untuk mengikuti kelas ini, silalah datang sendiri di alamat: No 19, (tingkat atas) Jalan Rozhan,Alma,Bukit Mertajam.(belakang maybank ) Pastikan anda tinggal berdekatan, kalau tinggal di Kuala Lumpur..tak upayalah akak k-poh nak tolong..!!!!! Anda boleh datang sendiri untuk sessi suai kenal pada: ISNIN : 9 - 10 PAGI :6 - 7 PETANG SELASA : 8.30 - 9.30 MALAM RABU : 9 - 10 PAGI : 8.30 - 9.30 MALAM KHAMIS : 6 - 7 PETANG Setiap 'student' di kenakan yuran pendaftaran sebanyak RM 15. Bayaran RM 5 di kenakan pada setiap sessi yg dihadiri. Sekiranya tidak mendaftar sebagai ahli, bayaran RM 6 akan dikenakan setiap kali sessi yg dihadiri. Sila war-warkan kepada handai taulan sekiranya mereka tinggal berdekatan. p/s : maaf no talifon tidak dapat disertakan,dikhuatiri akan mengganggu ketenteraman jurulatih. No talifon hanya akan di berikan kepada yg benar-benar jujur dan berminat sahaja.Sila hantarkan pertanyaan anda ke email akak k-poh di chepahkamal@yahoo.com ataupun mesej di facebook. sekian terima kasih. "jangan cari alasan untuk tidak bersenam.."
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
9 comments:
wah,rakyat sihat negara maju,hehe,.best2,dah lame teringin nak pegi gym tapi tak reti plus2 takde kawan,huhu
alaaaa .. ingatkan KL. terhingin KC nak join .. tapi jauh.
macam menarik je..
betul tu sibuk mana pun kita kena bersenam at least 3 kali semingu
wah!!dah jadi tokey fitness lak ke kak??hehe
kak..saya xhilang..ada je..
akak pekabo??hehe
best nie tp bm jauh jugaklah dengan sp..:)
seronoknya kakpah murah je bayarannya pun .. alamak saya di kl tk dpt ler kan..
boleh dtg ikut kesesuaian waktu yg anda lapang..
huhu...jauh nyer...
KL xde ke :D
Post a Comment