KLIK

"DAKWAT PUN BELUM KERING?"

Akak k-poh perhatikan sekeliling.Hujan agak lebat jugak ni..kena tunggu hujan teduh baru boleh masuk dalam kereta.Menyesal pulak parking jauh.Nak 'eksesais' lah konon...Hmmmmm... Beg plastik berisi bawang besar,bawang putih,halia dan ikan bilis...digenggam erat. Kelihatan seorang pakcik berlari-lari anak keluar dari kereta...menuju ke tempat akak k-poh berteduh.Sebenarnya tempat akak k-poh berteduh tu ialah sebuah kedai borong yg menjual barang2 runcit secara borong.   Sambil mengibas2kan songkok lusuhnya..yang terkena air hujan tadi,pakcik tu mula melangkah ke dalam kedai. Mula-mula pakcik tu keluarkan sekeping kertas..akak k-poh agak..tu senarai barang-barang yg hendak dibelinya lah tu.  Punyalah banyak...akak k-poh agak..pakcik ni mungkin tokey kedai runcit.Kemudian urusan kira-mengira dilakukan..pakcik tu kelihatan seperti sedang menyeluk poket bajunya.  "berapa semua tokey?" "tiga ratus empat puluh lima..." Pakcik tu menyeluk poket bajunya...dan mengeluarkan not-not kertas..lalu mengira...  "nah..tokey..tiga ratus empat puluh lima.." ( duit kertas tersebut agak basah sedikit sebab.. kan pakcik tadi tu kena hujan..) "haiyaa..!!!!...ini duit baru keluar bank ka?" "tak de lah...ini duit kedai laaaa...apa pasal tokey?"  "ini duit aaa...mesti baru keluar bank punya....pasal itu dakwat pun belum kering lagi..."  Apa daaa tokey tu..sampaikan pakcik tu dan akak k-poh pun tak tahan nak tergelak.Duit basah kena hujan..dia kata dakwat duit tu belum kering....Hmmmmm    

19 comments:

Miss Anisah said...

Pandai tokey nak melawak...

Yumida said...

bergurau senda sunggoh tauke itu.....diskaun blh???..mesti tarik muka masam :)

kpah k-poh Sharifahnor said...

miss: mmg tokey tu mcm tu..sbb tu ramai yg suka pergi kedai dia..

kpah k-poh Sharifahnor said...

yumida: biasalaa diskaun tu..tolak seposen dua tu adat laaaaa...

mr.curly said...

sbenornye tauke tu nk ngorat laling le..ni yg den nk marah ni..hikhik

sal-nurbeena said...

hahaha...buat lawak la pulak

Uji Hussein said...

Itulah kelebihan tokeh kedai Cina.Time raya, selalu pulak ingat nak bagi macam-macam hamper.

Seri Bahasa said...

mak oi...harga kueh lapis ni...sekeping telinga gajah...

Seri Bahasa said...

asyik tengok kueh lapis..hu..hu...sampai tersalah komen pulak seri...

EmpayarUtama said...

Hahaha lawak dua dalam satu lah. Memula baca entri pastu baca komen seri hahahahahahahah

kpah k-poh Sharifahnor said...

curly: mana ada org nak ngorat kpah ni...laaa..hahahaaa

kpah k-poh Sharifahnor said...

Nurbeena & scarr : setuju..setuju..

kpah k-poh Sharifahnor said...

seri bahasa: mahal ke kuih lapis tu?.. termasuk dgn harga perkhidmatan pos swasta...kpah rasa amat berbaloi...

kpah k-poh Sharifahnor said...

Empayarutama: lawak ke? boleyyy laaa..

gnesop.com said...

hahaha,, pandai tokey tu melawak :)

Kazman / Sue said...

haaa3x...kalau melawak dapat diskaun pun best gak!!!

msredcheesecake said...

Camne tokey ni tak kenal duit basah dgn duit tak kering dakwat lagi... Isk....

afzalsukasuki said...

dakwat blom kering?pakai dakwat ape tu?err sy blur nih

kpah k-poh Sharifahnor said...

apzal : ape daaa..lawak antarabangsa mcm tu pun boleh blur ke??? heee...

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.