Akak k-poh nak mohon maaf banyak-banyak kepada penulis cerpen "SUARA" iaitu ENA AINA kerana akak k-poh tidak dapat membacakan cerpen beliau di GomoFM. Bukan ada masalah apa, tapi akak k-poh dah tamatkan segmen tersebut,memandangkan tidak mendapat sambutan. Jadi akak k-poh harap,anda dapat lah ke blog beliau untuk membaca cerpen tersebut.Sekali lagi,jutaan maaf... p/s : amazing..jika betullah Ena Aina baru berusia 13 tahun, dapat menulis sebaik ini..!!! Sudah beberapa minggu Atiya tidak menjeguk tempat lepaknya bersama arwah adiknya dan Irfan. Hari ini entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk pergi menjenguk bumbung itu. Dia tidak kisah jika Irfan masih menunggu nya di situ. “Tiya , pergilah kat atas bumbung tuh , aku tengok Irfan tu selalu duk tunggu kau kat situ , kesian ak u nengok nya. Pergilah Tiya , kenapa kau tak nak jumpa ngan dia?”. Soal Izzendra. Atiya Cuma membisu. “TIya , serius aku cakap aku penat dengan kau. Kau tak nak cakap ngan aku. Tiya , kau seolah-olah menganggap diri kau tu Adiya. Tiya , kau tak baik kau hukum diri kau macam ni , aku yakin arwah Diya pasti rasa sedih tengok kau membisu macam ni. Tiya , Allah bagi kita mulut untuk bersuara. Tak baik kau sia-siakan nikmat yang Allah bagi deka t kau Tiya. Sekalipun arwah Diya bisu dulu , tapi dia tetap gembira. Walaupun dia bisu , tapi aku rasa seolah-olah dia bersuara dengan celotehnya. Tiya , bangkit Tiya… Kau kene hadapi kehidupan ni. Arwah Diya pergi dulu sebab Allah lebih sayangkan dia. Sekalipun kau nak menangisi pemergian arwah Diya , tangisilah Tiya , tapi jangan kau hukum diri kau dengan membisu macam ni”. Luah Izzendra sambil menangis teresak-esak. “Tiya , mama dan papa kau , mak jah , dan aku rindukan Atiya yang dulu . Atiya yang menjadi suara Adiya dulu . Atiya yang selalu tersenyum gembira dulu. Bukan Atiya yang membisu macam sekarang. Please Tiya , kalau pun kau tak nak fikir pasal diri kau , fikir pasal mama dan papa kau , takkan kau tak fikir pasal Irfan ? dia bersusah payah untuk membuat kau berbiacara , selama nie dia yang sabar melayan kerenah kau yang membisu”. Luah Izzendra lagi , kini tangisan nya semakin laju. Izzendra masih teringat bagaimana reaksi Irfan sewaktu mengetahui bahawa Atiya tidak bisu. |
KLIK
BERKONGSI TENTANG TAIROD DI SINI: KLIK
FOLLOW DI FACEBOOK
MOHON MAAF KEPADA PENULIS CERPEN "SUARA"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
P/S:terima kasih pihak google/thankyou google
segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.
7 comments:
kpah pun lagiii laaa....heee
Bila dah naik sekolah nanti, susahlah nak dengar suara Kak pah pagi2.
13 tahun boleh buat cerpen?
serta merta terasa diriku sedikit kekuragan :P
13 tahun dah dapat menulis dgn begitu baik....mmng berbakat betul..
mmg berbakat..sy tumpang teruja sbb umur adk nie br 13..:)
form 1 sebaik ni?hebat!!mesti markah BM dia bulan ni 94%
huhu..lama tak dengar suara akak..
Post a Comment