Ini bahagian yang dikhaskan untuk menjahit.Tempahan yang di ambil ialah langsir dan baju kurung. Bakal menggunakan khidmat tukang jahit luar...heeee... maksudnya kami ( merujuk kepada bos akak k-pohlah) hanya menggunting, tapi yang menjahit dan menyiapkan ialah suri-suri rumah yang tinggal di kawasan berdekatan.
Maaf, gambar tak mengikut turutan... Ini pula ialah bahagian tangga untuk naik ke tingkat satu bangunan kedai ini. Lelah jugaklah bila dua tiga kali naik turun tangga nih.
Bahagian kedai di bahagi kepada dua.Yang sebelah sana tu ialah untuk menjahit tadi.. sementara yang sebelah sini ialah untuk pekerja duduk santai lantai ( duduk atas lantai) menyiapkan tempahan beskut raya. Selalunya dua bulan sebelum puasa, kami sudah sibuk untuk mencari pekerja.Dan setiap tahun, kami memerlukan hampir 20 org pekerja sambilan untuk membantu menyiapkan tempahan.
Bahagian dapur yang dikhaskan untuk dapur gas.Selalunya untuk memasak coklat dan juga untuk pekerja memasak meggi. Kelihatan masih ada lagi kotak yang belum dikeluarkan isinya tu...Aduhhhh...
Jeng-jeng-jeng.. inilah tempat untuk akak k-poh kelak.. selain dari membantu dalam jahitan, akak k-poh juga akan mengambil alih tugas untuk membancuh beskut raya untuk tahun ini.Doakan agar akak k-poh mendapat kepercayaan penuh dari bos.Kerana selama ini, tugas membancuh hanya dilakukan oleh bos sahaja.. sebab kualiti.. katanya..
Tugas untuk membakar beskut.. tetap juga akan akak k-poh lakukan untuk tahun ini.( sebenarnya.. bakar apa saja.. akak k-poh yang akan bakar.. hahahaaa).Luas betul kedai ni, dengan sewa rm450 sebulan, bolehlah... walaupun berada di tingkat satu.
Peralatan yang di harap akan bertambah.. .sebab kami akan mengambil pekerja untuk menjahit di kedai juga...
Ini tugas akak akak k-poh untuk hari ini, melipat dan menjelujur kain jersey ini untuk dibuat 'skirt' pada tepi meja jahit tu. Kain semuanya 22 meter... bayangkan.
P/s : masa bos akak k-poh nak tutup tingkap masa kami nak balik kerja tadi, pak guard Pajak Gadai Ar-Rahnu sedang 'pancut' kat tepi pondok talipon. akak k-poh bergegas nak rakam video, tapi bos kata, ' dia dah zip seluar dah' ... hahahahaha..... kalau tak... memang masuk you tube punya.. kik..kik..kik...
10 comments:
wahhh... sweetnya. kedai in the making.
p/s: wahh kak pah... ada tokoh jadi paparazi bila dapat amik video tu... hehehe
wahhh..laen kali mama kene prepare 24hr on camera snap video pak gard tu nanti... yehh nocat nocat
aii... k-poh.... jaga2 jgn skodeng2.. bhaya..hhee
Kat mana ni akak?
wahhh! hebat.. menjahit pun.. sangat berbeza dgn apa yg Haw bayangkan..
kak pah, tahun ni punya bisnes kuih raya siap jer sample kak pah g tau belalang ek... :)
Murahnya sewaaaaa!!!!
Pak guard tu org bangla ke kak pah?Tak senonoh!
bestnye kalau dapat keje ngan kapah....atau dapat melawat kat kedai tu pun jadilah..uik sempat lagi tu nak merakan pak guard kencing..ish kapah nihhh.....hahahaha
cencored!!!!
terima kasih semua
Post a Comment