KLIK

PILIHAN PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

MUDA? NAK AWET? alahai... SALAM SAYANG SEMUA... apa khabar semua? terima kasih kepada yang sudi menjenguk dan shout di shoutbox akak k-poh ni... walaupun sekadar memanggil nama... tapi itu sudah mencukupi..... Oh ya... antara petua pilihan yang akak k-poh terima melalui fesbuk...akak k-poh dah kongsi dengan pendengar gomofm... jadi atas permintaan chatters setia gomofm iaitu Eyfa Najibrz yang mintak supaya petua pilihan ini di tulis di dalam blog, jadi akak k-poh tunaikan lah... Untuk petua pilihan yang lebih terperinci, anda bolehlah google FARITH ISMETH EMIR. PILIHAN PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA: a.urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3 kali.* akak k-poh amalkan yang ni..cuma bukan dengan air..tapi bangun jer dari tidur apa yang akak k-poh lakukan dulu ialah urut wajah seperti di atas tu.Bila bangun tidur, kulit wajah agak lembab..jadi gunakan kelembapan asli itu untuk mengurut wajah anda.Masa ambik wuduk pun... mesti dari bawah dagu kemudian ke atas...kan....  b.gunakan jari telujuk ke dua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu.Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagia dahi.*akak k-poh amalkan, menepuk dagu dengan belakang tapak tangan.bertujuan supaya dagu tidak terlalu berlapis dan berlemak! Sebelum menepuk dagu anda... sila jelir lidah seolah-olah lidah tu akan menyentuh hidung.... c.setelah solat subuh,bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam.Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.  *akak k-poh amalkan,selepas solat subuh..lepas berdoa sebelum aminkan doa tu, bacalah SubhanAllah walhamdulillah.............azim... Kemudian rautkan ke muka bermula dari dagu hingga ke dahi kemudian terus ke kepala dan turun ke badan hingga ke kaki. d.setelah itu lakukan senaman ringan.Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput.Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.*yg ni akak k-poh tak boleh nak buat... sebab tak sesuai... rumput skrg ni kalau tak berkasut.. alamatnya dapat ler najis mughalazah..  e.semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS.Amalkan setiap pagi.*yang ni pun akak k-poh buat jugak... selain dari itu, akak k-poh bacakan 3 Qul dan hembus pada cermin dengan niat supaya diri kita di senangi orang, tiada yang membenci....  f.ketika makan,janganlah disulami dengan minum air.Minumlah setelah setengah jam selepas makan. *yg ni tak dapat nak buat.... dah tabiat... kalau tak minum air... tercekik..!!!  ok lah yaaa...ini di antaranya lah... tapi yang paling mujarab untuk awet muda ialah senyum dan ketawa... lihat saja orang yang suka ketawa ( bukan gila tau) memang kelihatan muda...kan..kan..kan...  p/s: hati mau baik...   

4 comments:

Puan Kutu said...

jgn makan brsulam air tu mmg sy amalkan,tak tahu pula utk awet muda..

bagus tips nie..kena amal nie sbb ada org kata MIL dengan sy adik beradik.haha..

nita said...

Wah... bagusnya petua tu..InsyaAllah sayapun nak amalkan...
terima kasih untuk petua ni :)

tunz said...

senyum sokmo!!!

kak tie said...

hhmm..kena amalkan ni

http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2012/03/kerana-tanah-kuburpemilik-rumah.html

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.