KLIK

LEGAKAN TEKANAN DI RUMAH DAN TEMPAT KERJA | motivasi ibu

Wanita seringkali dilihat sebagai entiti yang lemah dan akan sentiasa mengharapkan bantuan. Hakikatnya,'tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia' semakin diterima akal. Begitu ramai wanita diseluruh dunia membuktikan kemampuan masing-masing dalam memikul tugas profesional,juga pada masa yang sama masih menguruskan rumahtangga.

Harus diakui juga,ada kalanya para ibu yang juga bergelar wanita berkerjaya juga berhadapan dengan saat-saat yang sukar serta menggugat emosi.

BEREHAT SEBENTAR:
- jika tiba suatu saat di mana tekanan yang datang melemahkan semangat serta jiwa,itu merupakan petanda tubuh serta minda perlukan rehat. Carilah tempat yang menenangkan untuk bercuti dan merehatkan diri supaya kembali bertenaga.

DAPATKAN SOKONGAN:
- mereka yang bersifat penyimpan ataupun perahsia terdorong untuk mengalami lebih banyak tekanan berbanding dengan mereka yang gemar berkongsi. Carilah seorang teman yang dipercayai untuk bercerita. Semangat yang selama ini longlai pastinya akan kembali menebal dalam diri.

TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI:
- bertemu dengan kaunselor ataupun motivator merupakan antara opsyen yang boleh dipertimbangkan. Tingkatkan kembali semangat dan keyakinan diri agar dapat terus melangkah ke hadapan menggapai kejayaan.

KEMBALI BERSEMANGAT:
- apabila keyakinan diri kembali,semangat semakin menebal serta tenaga semakin bertambah,pastinya para ibu yang bekerjaya sudah bersedia untuk beraksi. Jangan lupa,ibu berkerjaya yang berkualiti adalah wanita yang sentiasa bijak dalam mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan segala masalah dan kemungkinan, baik dalam kerjaya mahupun rumahtangga.

SUMBER : keluarga

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Mia Liana said...

huhuhu kena pandai bahagikan masa..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.