KLIK

JALAN-JALAN CARI MAKAN | PENGACARA ATAU MAKANAN?




Apa pulak nak sembang pasal JJCM ni ( dah la tak panggil akak ni makan heee), yer lah, seperti pertanyaan di atas,Pengacaranya kah atau makanannya kah?

Tiba-tiba teringat,kpah pernah nampak ler logo ke apa orang panggil benda kayu tu..kat restoran masa kpah sedang tercari-cari tempat nak memuaskan tekak dan perut ni.

Ehhhh..kalau dah ada plat JJCM tu, mesti berbaloi lah makan kat situ.Pasti sedap..kot. Sedap tu nak kira macam mana, dah makanan yang ada masa tu..itu-itu aje... Belasah jer lah..dah lapar...

Lari tajuk ke apa ni? Oh yer.. Nak tanya yang tadi tu lah..JJCM tu bergantung kepada pengacaranya kah atau makanannya?

Sejak zaman Maria Tunku Sabri,masa tu kpah tak pernah miss nengok si Maria tu makan. Berasa macam kita ni makan sekali dengan dia. Semua makanan nampak sedap bila tengok cara Maria makan.

Tukar pulak ke Serina anak chef Wan. Pun sama... Sempoi jer cara Serina tu. Tambah-tambah masa tu Serina sedang mengandung..punyalah berselera makan. ( dan kita tengok jer dah menitik air liur).

Ehhh tukar lagi... Masuk pulak Qushairi (Qi). Hurmmm tengok sekali dua jer sebab mamat ni hensem.. Errr... Ramai yang kata Qi mengacara dengan baik dan berkesan utk JJCM. Kira ramai anakdara nengok tak berkelip mata bila nengok JJCM tu. Tapi memang ramai yang suka...

Dah dah tukar lagi... Kalah transformers..bertukar tukar...hahahaa... Tukar dengan Shiha dan pengacara lelaki ( malas nak google nama dia). Yang ni.. heboh pasal pengacara perempuan telah menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan ketika menu belut... Errr belut tu..wekkk kpah pun geli heh heh heh..

Tak abih lagi..tukar pulak dengan Iqram Dinzly. Wahh pelakon kacak bergaya ni memang suka makan. Sedap jer tengok cara dia makan. Penerangan tentang makanan dan komunikasi dengan penonton pun seperti menyakinkan kita tentang kesedapan makanan tersebut. Ye tak yer dah dia pelakon, memang pandai ler..

Entah dah siri ke berapa dah JJCM ni, tak pulak kpah ambik tahu dah. Sekarang ni, Iqram tidak lagi disambung kontraknya untuk musim baru. Pihak TV3 telah menggantikan dengan pengacara lama iaitu Qi.

Maka,sesiapa yang dah lama tinggalkan JJCM dan rindukan kemuncukan Qi,maka impian anda terlaksana. Tapi kpah tetap jugak dengan Maria Tunku Sabri....

Jadi..apa jawapan kepada pertanyaan di atas? Anda jer lah yang jawab...


-Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

||aLeaSaRa|| said...

slm sis.owh bg saya mmg maria n Qi best,Iqram ok jugak cuma byk sgt lakonan touch up mekap bagai,lap peluh-meluh adeih...serina mmg bgs cuma tulah kejap je dia handle jjcm.

shiha tu alahai hampeh,mmg byk -ve feedback..kalau dia makan pun nmpk pelik asyik comot je huhu...mmg x mntlah gandingan dia ngn sorg lagi lelaki tu x sesuai.

pgacara mmg meninggalkan impak pd sesuatu program apatah lg melibatkan lokasi makan2 ni.sbb bknnya hanya mbantu promotekan restoran yg terpilih,juga kn jaga imej sykt dia bekerja tu...

Yana Yassin said...

Suka tengok rancangan makan,.. kalau JJCM nie, dekat jer mesti nak terjah. Ada sekali tue tgh tgk, petang tue jugak terjah sebab dekat dengan rumah. Pengaruh tv sungguh. :) .

rafina mimi abdullah said...

saya suka serina dan maria ..bagi saya, JJCM hanya sesuai di hoskan oleh perempuan..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.