KLIK

PRODUK OH PRODUK, CANTIK OH CANTIK

Semua nak cantik..nak gebu..nak putih melepak..kalau boleh lebih putih dari orang putih. Aisey man.. Boleh putih ke? Kpah bukan anti kepada orang yang ingin berkulit putih sebab kpah dah memang berkulit cerah ( sekarang tak berapa nak cerah dah ).. Cuma..boleh ke menjadi semakin putih! Kalau mak ayah dan keturunan kita memang tak de yang putih?

Ok.. Kalau lah produk tu memang boleh bikin putih ( kawan kpah kata dah macam guna klorok bagi putih).. Baguslah..tak de yang kulit hitam..kulit sawo matang..kulit kuning kulit rambai..Maka semuanya kulit putih... Apa istimewanya putih? Pendapat kpah,tidak ada yang boleh bertukar menjadi putih kecuali Micheal Jackson..itupun sebab beliau mengidap sejenis penyakit kulit.

Ok..Kalaupun memang produk tu berkesan. Memang ramai yang guna ( testimoni dari pengguna - hanya ada gambar sahaja tiada testimoni bertulis-pun ada yg komen kononnya menggunakan apps kamera -edit semuanya tu)semua yang guna tu menjadi putih,gebu,flawless- entah apa flawless pun tak reti kpah nak explain...apa lagi..errr... Secantik seputih segebu Adira Af.. Memang hebatlah.Cuma, pastikan produk ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam beratus orang yang komen, pm plz..pm price..kat farmasi ada jual tak..berapa lama boleh nampak putih..berkesan tak..orang mengandung boleh makan tak..menyusu boleh makan tak..orang kulit gelap boleh putih tak..nanti jadi gemuk tak..jerawat nanti boleh hilang tak..pm..pm..pm... Mcm mana nak oder... Hanya seorang dua sahaja yang tanya..selamat ke produk ni..dan ada kelulusan KKM tak..

Nampak tak bagaimana produk kecantikan mempengaruhi pengguna hanya dengan testimoni gambar sahaja.

( gambar terpaksa di remove kerana tak mahu merosakkan perniagaan orang lain. )



P/s: tunggu kelulusan saja lagi.. Errr tunggu? Masih tunggu maknanya belum lulus KKM. Kalau tak lulus? Macam mana..kalau ada kesan sampingan dalam masa panjang? Siapa nak tanggung? Sendiri tanggung lah...

Kpah bukan anti sebarang produk..anda nak bisness..anda kena pastikan produk yang anda jual itu, selamat untuk digunakan. Sekurang-kurangnya tunggulah LULUS KKM dulu....

Sebab apa kelulusan dari KKM tu penting? Semestinya ada sebab yang munasabah...kan...


- Posted using BlogPress from my iPad

4 comments:

Unknown said...

kalau yang gelojoh nak cantik tak pikir pun semua tu kakpah..bila dah terkena baru nak saman menyaman..

kpah k-poh Sharifahnor said...

setuju tu..

miZz_nizZ said...

stuju..kelulusan tu pnting..idak kita men beli ja.dahla byk produk pelik2 pun sma skang ni. tp mmg pic main peranan, tmbah2 lg produk pmpn, kuasa pngguna adalah kuat dikalanagn prmpuan. tu byk product perempuan

kpah k-poh Sharifahnor said...

Setuju setuju..

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.