KLIK

RESPON KEPADA PERTANYAAN DARI ANONYMOUS

 Seperti yang anda maklum, akak k-poh mempunyai sebuah lagi blog iaitu K-POH KAKAKTUA yang menggunakan entry 'kesihatan'.Tujuan akak k-poh menulis di blog 'kesihatan' ini ialah untuk mengumpulkan catatan perjalanan hidup akak k-poh sebagai salah seorang pesakit thyroid.Disamping itu,akak k-poh juga meng'copy-paste' artikel dari akhbar-akhbar mengenai kesihatan untuk tujuan rujukan. Kadangkala, akak k-poh menerima pertanyaan dari beberapa orang yang tidak mahu dikenali...Dan akak k-poh menjawab pertanyaan tersebut berdasarkan pengalaman dan bukannya kepakaran dalam bidang tersebut.Harap maklum...

Sebenarnya, tidak ada apa yang hendak dimalukan apabila menjadi salah seorang pesakit thyroid ini...
 
Anonymous said...
salam, saya berumur 16 tahun dan bila saya baca artikel kat blog ni dgn blog kesihatan dah banyak simptom saya kena, sesak nafas gelisah berdebar, nak buang air besar, tangan kering, ada keruping dekat kepala, tapi saya macam x percaya, boleh ke remaja umur saya hidap tiroid, sebab kebanyakkannya saya lihat wanita 20-an ke atas yang menghidap tiroid
RESPON UNTUK ADIK ANONYMOUS DARI BLOG: K-POH kakaktua 


Adik,
Setiap dari kita ada mempunyai kalenjar thyroid.Fungsi kalenjar thyroid mempengaruhi hormon dalam badan kita.Hormon thyroid berfungsi sebagai 'minyak pelincir' dalam badan kita.Gangguan kepada kalenjar thyroid bermakna gangguan dalam kelancaran sistem badan kita. Ini termasuklah ritma (laju/perlahan/berdebar) jantung,kesakitan pada sendi-sendi dalam badan,masalah dalam sistem perkumuhan, tekanan perasaan/emosi terganggu (merasa tak keruan/berpeluh/malas/marah/sedih tanpa sebab/merasa terlalu sejuk/terlalu panas),mengidap darah tinggi,keruping dikepala seperti kelemumur,merasa miang seluruh badan dan bermacam-macam lagi.Ianya mungkin berlainan bagi sesetengah individu.

Untuk pengetahuan adik, pengidap thyroid yang paling kecil yang akak temui ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun.Kanak-kanak ini merupakan seorang kanak-kanak kelainan upaya dan mempunyai masalah jantung.

Seorang lagi pengidap thyroid yang akak kenali berusia 11 tahun.Jadi tidak mustahil jika adik yang mengalami simptom-simptom tersebut turut mengidap thyroid.Apa yang perlu adik lakukan ialah mendapatkan rawatan di hospital dan menjalani ujian darah untuk menentukan tahap keseriusannya.Rawatan awal,akan banyak membantu adik dalam mengharungi penyakit ini.Sokongan keluarga adalah perlu,terutama untuk memahami 'emosi' pengidap thyroid.

Sebenarnya,akak sangat bersyukur kerana mengidap thyroid dalam usia yang akak masih lagi kuat untuk menghadapi segala simptom-simptom tersebut.Jadi untuk adik,jangan mudah berputus asa.


p/s : sebagai rawatan alternatif, adik boleh mengamalkan meminum minyak kelapa dara.Akak sendiri telah mengamalkannya dan Alhamdulillah,walaupun pengidap thyroid tak mungkin sembuh (pengambilan ubat sepanjang hayat)..tapi tahap hormon thyroid boleh kembali normal.


Sekian.

6 comments:

Mia Liana said...

semoga kak pah tabah melawan penyakit kak pah ni.

sayang kak pah.

kpah k-poh Sharifahnor said...

terima kasih atas sokongan mia...

aiman mania said...

wahhh...akak nih dapat jadi doktor or jururawat.......semoga akak sihat sentiasa ye??jaga makan minum...

AZMI KHAN said...

Setiap penyakit ada penawar kecuali mati...
tinggal nak usaha je... tp klu Allah nak uji lebih tu redha je la sbb sakit itu penghapus dosa....
sy pun dkat 3 tahun derita penyakit tp Alhamdulillah sekarang sudah semakin pulih dgn izin Allah....

Uji Hussein said...

Scarr pun ada penyakit yang susah nak diubati.Gila blogging! :D
p/s:Moga kak Pah sihat selalu

Hello Hello said...

wachaaaaaa

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.