KLIK

GEMPA BUMI DI ACEH :GEGARAN TURUT DIRASAI

GEMPA BUMI DI ACEH, mungkin anda turut merasai gegaran yang berlaku petang 11/4/2011 itu. Akak k-poh juga menjadi salah seorang yang turut merasai gegaran awal..gegaran kali ke dua dan seterusnya yang ke tiga.Alhamdulillah.. tidak ada kejadian buruk yang berlaku di Malaysia. Gegaran pertama lebih kurang pukul 4.50 petang.Masa itu akak k-poh sedang berchatting dengan salah seorang admin gomofm yang berada di Kedah, tiba-tiba beliau menjerit di dalam kotak chat mengatakan rumahnya bergoyang! Dan, akak k-poh sebenarnya turut merasai tapi tidak perasan pada mulanya...rasa seperti pening jer. Tapi yang pasti keadaan masa tu memang mencemaskan.. tudung periuk di dapur mula berbunyi.. grill pada pintu kaca bergegar... meja bergoyang...air yang di dalam cawan di atas meja turut bergetar! Akak k-poh dan anak-anak yang kebetulan semuanya berada di tingkat bawah, telah bergegas keluar. Selang beberapa minit, kami masuk kembali ke dalam rumah.Syukur kerana tidak ada yang buruk berlaku.Belum sempat kami duduk, tiba-tiba gegaran kali ke dua berlaku lagi. Kali ini kami memang rasa pening sebab kami masih lagi dalam keadaan berdiri.Syukur sekali lagi sebab ianya tidak berpanjangan. Gegaran ketiga berlaku semasa akak k-poh sedang ber deejay untuk menunaikan permintaan seorang pendengar yang ingin meminta lagu.Sempat lagi akak k-poh menulis di kotak chat mengatakan sedang berlaku gegaran sekarang ini.Walaupun tidak sepanik gegaran yang mula-mula tadi, tapi cukup untuk membuatkan akak k-poh berpeluh melihat meja komputer yang bergyang !!!! Dan juga cukup untuk membuatkan deejay mrs.yie panik dan menyuruh akak k-poh keluar dari rumah.Hahahaaa... kesian mrs. yie..... Alhamdulillah.... keadaan tidak berterusan.... Semuga DI LINDUNGI ALLAH SENTIASA.....

6 comments:

Mia Liana said...

wahhh kak pah kat sana.... bergegar habis.. mia kat sini takde rasa apa2 pun....

hati-hati dan moga kak pah selamat di sana.....

kpah k-poh said...

terima kasih mia...

Mrs.Yie said...

petang semalam memang saya rasa pelik tau nape la kak pah x bercakap masa lagu tema tu sebab lagu tu dah lama terpasang tp kapah masih jugak tak bercakap..haha.rupanya masa tu gegaran kali ke 3 ye..adoi..memang panik walaupun saya tak dapat rasa semua tu..

m.u.l.a.n said...

kat sini tak rasa apa2 tapi rumah saya 200m je dari pantai.. adei, nak buat camna, suami keje sini..

harap kita semua takde apa2 kan..

kpah k-poh said...

MImi... kpah tahu.. mimi panik masa tu... sampai kan mimi suruh kpah keluar dr rumah... heee

kpah k-poh said...

MUlan.. nanti boleh ler berkelah kat rumah mulan.. hmmm...

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.