KLIK

Lindungi kulit kering


Terik matahari sering menjadikan kulit semakin kering.Masalah ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia merupakan antara masalah kulit utama yang membelenggu wanita-wanita Asia. - Kulit yang sihat ialah kulit yang terjaga kelembapannya luar dan dalamnya.- Punca utama kulit menjadi kering ialah aktiviti harian yang di jalani.- Cuaca yang tidak menentu dan pencemaran alam sekitar mempercepatkan masalah kulit kering.- Terdedah kepada penghawa dingin untuk jangka masa yang lama turut menyumbang kepada maslah kulit kering.- Produk kecantikan yang tidak bersesuaian boleh menghilangkan kelembapan semulajadi pada kulit.- Faktor usia juga turut dikaitkan dengan masalah kulit kering.  Beberapa langkah mungkin boleh dipraktikkan:- pastikan kulit sentiasa bersih.Jangan menggunakan sabun secara keterlaluan kerana ia boleh menyingkirkan sebum di kulit.Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ia juga boleh membuat kulit kering.- Gunakan pelembab bersesuaian bagi mengekalkan kelembapan kulit.Sapukan pada bahagian kulit yang kering  sahaja.- Andai kulit terlalu terdedah kepada terik matahari,ia akan merosakan kulit.Oleh itu elakkannya dan gunakan krim pelindung matahari apabila perlu.- Pemilihan makanan seimbang juga penting dalam mendapatkan kulit sihat.Pastikan makanan yang diambil mengandungi sumber protein,vitamin dan mineral.Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.- Jika inginkan kulit yang sihat dan cantik,anda digalakan untuk bersenam.Senaman yang konsisten akan melancarkan peredaran darah dalam badan termasuklah kulit.  SUMBER: keluarga  

2 comments:

Mia Liana said...

kalau sayang sangat kulit. senang je kak pah. takyah kuar rumah. heheheh

kpah k-poh Sharifahnor said...

buleh ke macam tu miaaaaa hahahaaaa

follow me

Instagram

P/S:terima kasih pihak google/thankyou google

segala gambar-gambar yang tak de kena mengena dengan diri aku yg bukan aku yg punya tapi jugak bukan ahmad albab yg punya tapi pihak google yg punya. Harap maklum.